Perunding Kedai anda ialah MA Global, Inc.

Market Malaysia

Shopping Annuity™ Brand Essentia Infusion - Tawaran Istimewa Beli satu Percuma satu

Dijual oleh Market Malaysia

Tulis Ulasan

RM71.00 MYR

RM142.00 MYR

2 beg (30 Uncang Teh Untuk Setiap Beg)

SKU: MY6618SIBV2SP

Beli Sekarang: RM71.00 MYR

Konsep teh yang berasal dari China, dikenali dengan istilah Cha, dan dinamakan secara khusus untuk melambangkan keseimbangan antara manusia dan alam semulajadi. Shopping Annuity™ Essentia Infusion melambangkan konsep tersebut dan ia mengandungi ramuan herba dan botanikal, kesemuanya dituai secara semulajadi dari alam dan menggalakkan fungsi fisiologi positif tubuh badan manusia. Panas atau sejuk - teh yang unik ini memberikan rasa teh yang kuat, tetapi lembut, yang sesuai untuk diminum pada bila-bila masa. Pilihan ramuannya yang pelbagai bertindak sebagai posyen semulajadi dengan manfaat yang membantu menyokong tenaga dan kesegaran.Kini, lebih ramai pengguna yang mencari alternatif kesihatan semulajadi.Shopping Annuity Essentia Infusion menawarkan 8 herba bermanfaat untuk secawan teh yang bertenaga dan menyegarkan. Botanikal adaptogen membantu memberikan kejelasan dan ketenangan minda. Kita sedia maklum bahawa amalan kesihatan harian perlulah sesuai untuk diadaptasi dalam kesibukan harian anda - Sebab itulah kami menghasilkan teh herba yang boleh dinikmati pengguna setiap hari.Ramuan unik daun teh red rooibos menjadikannya bebas kafein sementara mengandungi jumlah tanin yang lebih rendah berbanding teh hitam dan hijau; paras tanin yang lebih tinggi mungkin memberikan kesan kepada penyerapan zat besi serta mineral dan vitamin lain. Produk eksklusif ini bukan hanya satu alternatif hebat bagi mereka yang ingin menikmati teh herba yang bebas pengawet dan perisa tiruan, malah, ia juga menawarkan manfaat mesra alam kepada pencinta alam kerana menggunakan uncang teh boleh terbiodegradasi untuk kompos dan baja.  Shopping Annuity Essentia Infusion mengandungi pelbagai akar dan herba yang sering digunakan untuk kesihatan dan kesejahteraan sejak dulu lagi, seperti Ashwagandha dan akar halia. Tumbuhan akar ini membekalkan manfaat ketenangan dan penyembuhan tenaga semulajadi. Teh ini adalah satu pilihan tepat bagi wanita yang hamil atau sedang mencuba untuk hamil kerana kebanyakan botanikal digunakan dalam adunan teh wanita. Jadikan ini sebagai sebahagian daripada amalan kesihatan anda dan lihat perbezaannya dalam kesihatan menyeluruh. *

Lihat butiran

Manfaat Utama


  • Menggunakan herba pilihan berkualiti tinggi
  • Mengandungi antioksidan semulajadi dan polifenol bermanfaat
  • Rasa yang lembut dengan rempah yang melegakan
  • Uncang teh piramid boleh terbiodegradasi
  • BEBAS yis, jagung, gandum, tenusu, telur, MSG
  • Tiada warna tiruan atau perisa tiruan
  • Bebas pengawet & penambah aroma

Bahan-bahan Utama


Red Rooibos
Rooibos, yang bermaksud dedaun merah, adalah sebahagian daripada keluarga tumbuhan Fabacea yang menumbuh liar di Fynbos Afrika Selatan. Ia mengandungi jumlah tanin yang rendah dan bebas daripada kafein serta asid oksalik. Tumbuhan Rooibos mengandungi antioksidan yang menyokong kesihatan seperti aspalatin dan kuersetin.

Akar Halia
Berasal dari kawasan lebih hangat di Asia dan kini digunakan di serata dunia, halia sudah lama terbukti dalam amalan kesihatan tradisional dan alternatif, bukan sahaja dalam makanan. Halia mengandungi gingerol, sebatian fenolik yang bertanggungjawab dalam menyokong kesihatan tindak balas metabolik dan sifat antioksidan. Antara fungsi halia yang paling digunakan adalah kerana ia membantu keselesaan penghadaman. Aromanya membantu pengedaran dan tenaga yang sihat tanpa sebarang penggalak yang ditemui dalam kebanyakan formulasi teh.

Kulit Lemon
Kulit lemon mengandungi antioksidan, termasuk D-limonene dan vitamin C. Vitamin C dianggap sebagai nutrien yang sangat bermanfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan.

Daun Pudina Spearmint
Daun pudina diberikan nama Spearmint kerana daunnya yang berbentuk seperti lembing. Selain daripada produk pembersihan seperti ubat gigi, bahan cuci mulut dan sabun, spearmint juga digunakan sebagai tambahan dalam makanan dan gula-gula kerana rasa dan aromanya yang unik. Ia sering digunakan untuk membantu menyokong penghadaman dan keselesaan perut, kerana kandungan karvon yang dimilikinya.

Akar Ashwagandha
Ashwagandha mempunyai sifat antioksidan, adaptogenik, dan sedatif yang menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian. Telah dibuktikan bahawa ia bertindak sebagai adaptogen dengan membantu menyokong tenaga, menggalakkan kesejahteraan emosi, serta membantu mengekalkan tindak balas tekanan yang sihat. Kajian telah menunjukkan bahawa ashwagandha mungkin membantu menyokong paras kortisol yang sihat - sejenis hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar adrenal sebagai tindak balas terhadap tekanan.

Pokok Beri Chaste
Pokok Chaste atau Vitex agnus-castus, tumbuh dalam ketinggian sekitar 3 ke 18 kaki dan menghasilkan buah beri berwarna ungu gelap, penuh aroma, bersaiz seperti buah lada hitam. Beri pokok Chaste terkenal dengan manfaat dalam kesihatan wanita, aliran darah serta keadaan fizikal dan emosi yang sihat, penting dalam mengekalkan kualiti kehidupan.

Akar Likuoris
Sebatian aktif utama bagi akar likuoris adalah glycyrrhizin, yang membekalkan rasa manis dan fungsi antioksidan. Akar likuoris telah digunakan sejak berabad lamanya kerana mempunyai nutrien yang membantu dalam fungsi hati dan kesihatan adrenal.

Daun Rasberi
Daun raspberi merah mengandungi vitamin C, kumpulan vitamin B dan mineral seperti zink, potasium, magnesium, zat besi dan fosforus. Daun raspberi merah mempunyai fungsi antioksidan, kerana kandungan polifenol, seperti tanin dan flavonoid.

SOALAN LAZIM


Adakah teh ini hanya untuk wanita?
Tidak, lelaki juga boleh mendapatkan manfaat daripada pengambilan Shopping Annuity Essentia Infusion ini kerana ramuan yang diadun membekalkan secawan teh harian adaptogenik yang menyegarkan. Minum 2 cawan sehari juga dapat meningkatkan kesihatan menyeluruh.

Siapakah yang tidak boleh mengambil Shopping Annuity Essentia Infusion?
Sekiranya anda mempunyai alahan, atau sensitif terhadap mana-mana ramuan di dalam Shopping Annuity Essentia Infusion ini, anda tidak sepatutnya mengambil produk ini. Produk ini tidak mengandungi sebarang alergen yang umum. Ini menjadikannya sesuai bagi mereka yang ingin menikmati secawan teh yang menyihatkan.

Adakah ini selamat untuk wanita, walaupun semasa hamil atau menyusukan anak?
Shopping Annuity Essentia Infusion diformulasi untuk memberikan teh herba kepada semua, termasuk wanita hamil dan mereka yang menyusukan anak. Akar Ashwagandha menyokong kesejahteraan emosi dan fungsi sebagai sejenis adaptogen bagi tindak balas yang sihat kepada tekanan. Halia dan akar likuoris memberikan kualiti kesegaran dalam teh ini. *

Bolehkah saya menggunakan lebih daripada satu uncang setiap hari?
Ya. Shopping Annuity™ Essentia Infusion diperbuat daripada daun red rooibos, yang bebas kafein secara semulajadinya dan sejenis sumber antioksidan. Ia adalah satu pilihan minuman yang hebat pada bila-bila masa - walaupun sebelum tidur.

Siapakah yang boleh mengambil produk ini?
Ini adalah sejenis teh yang sesuai untuk mereka yang mencari alternatif semulajadi untuk suplementasi, pengguna yang mencari cara tradisional untuk kesihatan, wanita yang mencari produk sokongan semasa kehamilan dan penyusuan, mencari gaya hidup yang sihat, dan pelanggan yang menginginkan sejenis makan yang berfungsi. *

Adakah teh ini diminum secara panas atau sejuk? Apakah cara terbaik untuk menyediakan produk ini?
Shopping Annuity Essentia Infusion boleh dinikmati secara panas atau sejuk. Untuk teh panas: Rendam satu uncang selama 5-8 minit di dalam 6 auns air mendidih (212°F atau 100°C). Membiarkan uncang direndam lebih lama membolehkan semua perisa untuk dirembes dan mungkin memberikan perisa lebih kuat. Untuk teh sejuk: Sediakan teh mengikut arahan teh panas di atas, kemudian, tuang 6 auns teh di dalam gelas bersama ais. Biarkan ia sejuk sebelum diminum.

Berapa cawan teh yang boleh dihasilkan?
Mengandungi 30 uncang teh terbiodegradasi untuk setiap beg. Selepas direndam, buang uncang teh yang telah digunakan di tanaman atau kebun anda. Kandungan tanin dan nutrien lain dalam teh ini akan meningkatkan paras nitrogen dalam tanah dan menarik cacing untuk membantu menggembur tanah. Tambahan itu, bau yang dihasilkan dapat menghalang serangga dan haiwan perosak lain daripada merosakkan tumbuhan anda.

Adakah teh ini disarankan untuk kanak-kanak?
Kanak-kanak di bawah usia 18 tahun tidak disarankan untuk mengambil teh ini.

Adakah Shopping Annuity Essentia Infusion mengandungi khinzir atau produk berasaskan khinzir?
Tidak.

*Sekiranya anda hamil atau sedang menyusu, sila rujuk pakar kesihatan anda sebelum memulakan ini atau sebarang regimen suplemen lain. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, memulihkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ulasan


Tiada ulasan untuk produk ini buat masa ini.
Tulis Ulasan