Perunding Kedai anda ialah MA Global, Inc.

Tentang Kami

Jenama Kami

ShopGlobal.com menawarkan jenama-jenama eksklusif, memberikan pendedahan ke serata dunia produk-produk berkualiti tinggi dalam jenama-jenama tersebut - banyak yang telah dipaparkan di halaman penerbitan utama seperti Allure, Vogue, US Weekly dan People, untuk mengungkap beberapa nama. Pada ketika ini, rangkaian eksklusif syarikat merangkumi semua daripada kesihatan dan nutrisi dan penjagaan kulit kepada anti-penuaan dan kosmetik dan banyak lagi. Walaupun kebanyakan jenama ini telah berjaya mendapat sokongan selebriti termasuk penghibur dan artis television popular La La Anthony dan ahli NBA Hall of Fame Scottie Pippen, kejayaan sebenar datang daripada mencipta produk-produk yang berkualiti tinggi untuk setiap pengguna yang melampaui jangkaan para pelanggan dan melangkaui persaingan.

Produk Mengikut Pasaran

Para pengguna mempunyai pelbagai pilihan di dalam pasaran sekarang sampai kadang-kadang boleh memeningkan kepala untuk memilih suplemen kesihatan yang bagus atau produk penjagaan kulit. Kami membuang bebanan tersebut dengan memberikan produk-produk terbaik yang para pengguna sedang cari dalam pasaran semasa, dicampur dengan perkhidmatan persendirian. Sebagai contoh, salah satu rangkaian utama kami mempunyai kelebihan unik dibandingkan saingan lain: sistem penghantaran Isotonix. Sebagai jenama terbesar kesihatan dan nutrisi syarikat, Produk Isotonix disediakan dalam bentuk serbuk, yang memberikan penyerapan bahan-bahan efektif yang lengkap dan lebih cepat. Isotonix, apabila digunakan seperti yang diarahkan, akan memberikan kuantiti tepat nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan untuk memastikan hasil yang terbaik.

Kualiti Kami

Produk-produk kami disumberkan daripada terdapatnya bahan-bahan mentah yang terbaik, dan kemudian bahan mentah tersebut diuji, disahkan dan diluluskan. Setiap produk diuji secara saintifik dan harus dikilangkan secara konsisten berdasarkan ketulenan, kualiti, kemujaraban dan komposisi. Syarikat dapat memperoleh kualiti yang tinggi dengan kerjasama pembekal kami untuk memilih bahan-bahan kualiti tertinggi yang tersedia. Kesemua bahan mengikut standard FDA Good Manufacturing Practice (GMP), memastikan ianya lulus rangkaian ujian dan memenuhi syarat penerimaan yang ketat. Ibu pejabat syarikat dilengkapkan dengan makmal serba canggih dengan pelbagai kebolehan yang semakin berkembang dan boleh melakukan pelbagai jenis ujian. Setiap penghantaran yang dihantar ke pusat pengagihan harus diperiksa dan diluluskan sebelum tersedia untuk jualan kepada para pelanggan.

Temui Kegemaran Baharu Anda

Percayalah cakap kami. Layari laman, selidiki jenama-jenama dan produk-produk, dan berbicaralah dengan Penasihat Stor anda untuk ketahui dengan lebih lanjut!

ShopGlobal.com menawarkan kami portfolio produk-produk eksklusif dan jenama-jenama global kepada pelanggan seluruh dunia.