Perunding Kedai anda ialah MA Global, Inc.

Sila klik di sini untuk versi PDF boleh cetak bagi notis ini.

Dasar Privasi

SHOP MA, Inc. dan lain-lain lamannya, ShopGlobal.com dan www.shop.com, (secara individu dan kolektifnya "Laman") komited dalam melindungi privasi pelanggan dalam talian yang dihargai (sejak 1997 lagi). Kami telah merekacipta Dasar Privasi ini untuk menunjukkan komitmen sepenuhnya terhadap keselamatan maklumat peribadi anda. Misi kami adalah untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang terbaik untuk para pelanggan kami. Kami mahu anda berasa selamat semasa melayari Laman ini. Dasar Privasi ini menggariskan beberapa jenis maklumat peribadi yang kami terima dan kumpul, dan cara kami menggunakan maklumat itu. Kami harap Dasar Privasi ini akan membantu anda membuat keputusan termaklum tentang berkongsi maklumat peribadi anda dengan kami.

Dasar Privasi ini merangkumi maklumat yang berikut:

  1. Jenis maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti yang dikumpulkan tentang anda sepanjang hubungan anda dengan SHOP MA, Inc.
  2. Cara kami menggunakan dan berkongsi maklumat yang kami kumpul daripada anda.
  3. Pilihan anda tentang pengumpulan, penggunaan dan perkongsian maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti anda.
  4. Jenis tatacara keselamatan yang kami ambil untuk melindungi maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti anda.
  5. Cara anda boleh mengakses, mengemas kini dan mengubah maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti yang anda berikan.
  6. Cara anda boleh bertanya atau menghantar komen kepada kami tentang Dasar Privasi ini.

Penggunaan Laman ini oleh anda membentuk penerimaan Dasar Privasi ini oleh anda dan persetujuan anda dengan amalan yang diterangkannya. Maklumat yang kami peroleh daripada pelanggan membantu kami memperibadikan dan menambah baik secara berterusan pengalaman membeli-belah di Laman ini.

1. Semasa anda mengunjungi Laman ini, kami mengumpulkan pelbagai jenis maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti (PII). Ini adalah jenis maklumat yang kami kumpul.

a.Maklumat Yang Anda Berikan Kepada Kami.Kebanyakannya daripada maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti kami terima datang langsung daripada para pelanggan yang berminat untuk mendapatkan pelbagai produk dan perkhidmatan dengan membeli-belah di Laman ini. Lazimnya, maklumat ini mengandungi nama, alamat surat-menyurat, alamat emel dan nombor telefon anda. Kami juga mungkin mengumpul jenis maklumat lain seperti jantina, umur, bilangan anak, dan minat peribadi, yang kami mungkin kaitkan dengan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti. Sekiranya anda membeli produk atau perkhidmatan melalui Laman ini, kami akan mencatatkan, contohnya, maklumat kad kredit, jenis perkhidmatan atau produk yang dipesan atau dibeli, dan tarikh pesanan atau pembelian. Kami mengumpulkan maklumat peribadi apabila anda mendaftar, log masuk, atau mengunjungi Laman ini, termasuk apabila anda menyertai aktiviti di Laman ini, seperti dengan membuat pesanan, melengkapkan borang pendaftaran pengguna atau tinjauan dalam talian, membuat buku alamat, menggunakan Perkhidmatan Membeli-belah atau Hadiah kami (termasuk eHadiah, Sijil Hadiah, Daftar Hadiah, Daftar Pengantin, Khidmat Peringatan), atau menyertai tawaran rebat, permainan, promosi, peraduan atau cabutan bertuah.

b.Maklumat Daripada Pihak Lain.Kami sentiasa menambah baik produk dan perkhidmatan yang kami sediakan kepada pelanggan kami. Bagi membantu memberikan khidmat yang lebih baik kepada anda, kami mungkin menambah maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti yang kami kumpul terus daripada pelanggan kami dengan maklumat lain yang kami peroleh daripada pihak ketiga atau daripada kedai rakan kongsi kami. Ditambah lagi, kami mungkin memperoleh maklumat tentang individu yang belum lagi menjadi pengguna Laman ini. Bagi memastikan privasi anda apabila kami mengaitkan maklumat yang kami peroleh daripada pihak ketiga dengan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti yang kami kumpulkan di bawah Dasar Privasi ini, kami akan mengendalikan maklumat yang diperoleh seperti maklumat yang kami kumpulkan sendiri.

c.Maklumat yang Dikumpul Menerusi Teknologi.Kami mengumpulkan maklumat melalui teknologi untuk menjadikan Laman ini lebih menarik dan berguna kepada anda. Sebagai contoh, apabila anda datang ke Laman ini, kami mengumpul alamat IP anda. Alamat IP sering dikaitkan dengan portal yang anda lalui untuk memasuki Internet, seperti ISP (penyedia perkhidmatan Internet) anda, syarikat anda atau universiti anda. Dengan sendirinya, alamat IP anda tidak dapat dikenal pasti secara individu. Kadangkala, kami juga menggunakan alamat IP untuk mengumpulkan maklumat berkenaan dengan kekerapan pelanggan kami berkunjung ke pelbagai bahagian Laman ini. Kami boleh menggabungkan maklumat ini dengan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti sebagaimana yang diterangkan dengan lebih lengkap dalam perenggan 1a. di atas.Kami juga menggunakan kuki. Kuki merupakan cebisan maklumat yang sesebuah laman hantar kepada komputer anda semasa anda melayar laman tersebut. Kuki digunakan untuk pelbagai tujuan. Contohnya, apabila anda kembali ke Laman ini selepas log masuk, kuki memberikan maklumat kepada Laman ini supaya Laman ini akan mengingati anda. Kami juga mungkin menggunakan kuki sementara atau "sesi" untuk membantu anda membeli-belah. Kuki-kuki ini akan luput apabila anda membuat pesanan. Anda boleh memilih untuk memberikan komputer anda amaran setiap kali kuki dihantar, atau anda boleh memilih untuk mematikan semua kuki. Anda melakukannya melalui tetapan pelayar anda (seperti Netscape Navigator atau Internet Explorer). Setiap pelayar agak berbeza, oleh itu lihat menu Bantuan pelayar anda untuk mengetahui cara yang betul untuk mengubah suai kuki anda. Jika anda mematikan kuki, anda tidak akan ada akses kepada banyak fungsi yang menjadikan pengalaman di Laman ini lebih lancar, seperti fungsi yang dinyatakan di atas, dan beberapa perkhidmatan kami tidak akan berfungsi dengan betul, termasuk kart membeli-belah dan kawasan pendaftaran keluar. Sesetengah rakan kongsi bisnes kami juga mungkin menggunakan kuki di Laman ini; akan tetapi, kami tiada akses kepada, atau kawalan ke atas kuki-kuki ini dan tidak menanggung apa-apa tanggungjawab ke atas penggunaannya. Laman juga menggunakan pelbagai kaedah-kaedah teknikal untuk tujuan penjejakan, termasuk mata arah sesawang. Mata arah sesawang merupakan cebisan kecil data yang dibenamkan di dalam imej di halaman laman sesawang. Kami mungkin menggunakan kaedah teknikal ini untuk menganalisis corak lalu lintas di Laman ini, seperti kekerapan pengguna kami mengunjungi pelbagai bahagian Laman ini. Kaedah teknikal ini mungkin melibatkan penghantaran maklumat samada secara langsung kepada kami atau kepada pihak lain yang dibenarkan oleh kami untuk mengumpulkan maklumat bagi pihak kami. Kami juga menggunakan kaedah teknikal ini dalam emel HTML yang kami hantar kepada pelanggan kami bagi menentukan sama ada pelanggan tersebut sudah membuka emel itu dan/atau klik pada pautan dalam emel itu. Maklumat yang digunakan dalam kaedah teknikal ini mungkin dikumpul dalam jenis yang dapat dikenal pasti secara peribadi. Laman termasuk pengiklanan pihak ketiga dan pautan ke laman sesawang lain seperti Google, advertising.com atau shopping.com. Syarikat ini dipanggil sebagai "pengiklan rangkaian". Kami tidak memberikan apa-apa maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti kepada para pengiklan rangkaian ini. Pengiklan rangkaian yang meletakkan iklan di Laman ini atau pihak ketiga yang kami ada hubungan dengan, mungkin juga menggunakan kuki dan mata arah sesawang untuk mengumpul maklumat bukan peribadi. Anda mungkin tidak menyedari maklumat ini sedang dikumpulkan. Dalam sesetengah kes, kami mungkin mempunyai akses kepada maklumat daripada mata arah sesawang dan kuki yang digunakan oleh pengiklan rangkaian di Laman ini dan maklumat ini mungkin membolehkan kami mengenal pasti laman lain yang anda sudah kunjungi yang juga dikaitkan dengan pengiklan rangkaian. Sebaik sahaja anda klik pada iklan dan meninggalkan Laman ini, Dasar Privasi kami tidak lagi berkuatkuasa dan anda mesti membaca dasar privasi pengiklan tersebut untuk mengetahui cara maklumat peribadi anda akan dikendalikan di laman mereka. Anda hendaklah menghubungi pengiklan-pengiklan ini secara terus sekiranya anda ada sebarang soalan tentang penggunaan maklumat yang mereka kumpul.

2. Cara Kami Menggunakan dan Berkongsi Maklumat Peribadi yang Boleh Dikenal Pasti yang Kami Kumpul:

a.Digunakan oleh SHOP MA Inc.Kami boleh menggunakan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk Kegunaan Operasi, seperti membantu menentukan dan mengesahkan identiti pengguna; membuka, menyelenggarakan, mentadbir dan memberikan khidmat akaun pengguna; memproses, memberikan khidmat atau menguat kuasa transaksi dan menghantar komunikasi perkhidmatan yang berkaitan; menyediakan perkhidmatan dan sokongan kepada pengguna seperti eHadiah, Sijil Hadiah, Daftar Hadiah, Daftar Pengantin, Peringatan, rebat, peraduan, cabutan bertuah, dan buku alamat; menambah baik Laman (termasuk menyesuaikannya dengan keutamaan pengguna); menyediakan pengguna dengan kemas kini perkhidmatan atau produk, notis dan tawaran promosi; menjawab soalan, pertanyaan, komen dan arahan anda; dan mengekalkan keselamatan dan keutuhan sistem kami. Kami juga boleh menggunakan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberikan tawaran, promosi dan makluman terkini produk kepada anda melalui mel biasa. Alamat emel anda dan maklumat peribadi lain yang boleh dikenal pasti boleh digunakan oleh kami atau mana-mana subsidiari, ibu syarikat, syarikat sekutu atau korporasi lain di mana kami akan gabungkan atau dibeli atau dijual secara menyeluruh atau sebahagian ("syarikat sekutu"). Kami mengalukan anda tu pos ulasan, komen, artikel, cerita dan isi kandungan lain yang sewajarnya, hantar ekad dan komunikasi lain; dan memberi cadangan, idea, komen, soalan atau informasi lain. Anda juga boleh berkongsi idea membeli-belah, penarafan, ulasan, pembelian dan maklumat anda yang lain melalui Facebook atau paparan perkongsian pihak ketiga yang lain. Maklumat atau kandungan yang diserahkan boleh digunakan oleh kami atau syarikat sekutu kami untuk memberikan ulasan produk dan maklumat membeli-belah kepada pengguna lain. Sekiranya anda menyiarkan kandungan atau menghantar bahan, dan melainkan jika kami memberitahu sebaliknya, anda memberi kepada kami hak bukan eksklusif, bebas yuran, bebas royalti, berkekalan, tidak boleh batal, dan boleh disublesenkan sepenuhnya untuk menggunakan, menghasilkan semula, mengubah suai, menyesuaikan, menerbitkan, menterjemah, menghasilkan hasil terbitan daripada, mengedar, dan memaparkan kandungan tersebut di seluruh dunia dalam mana-mana media. Anda juga memberi kami hak untuk menggunakan nama atau kampung halaman yang anda berikan sehubungan dengan kandungan berikut. Maklumat peribadi anda yang boleh dikenal pasti boleh digunakan oleh kami atau mana-mana syarikat subsidiari, induk atau syarikat lain yang kami bergabung dengan atau sebaliknya peroleh atau jual, secara keseluruhan atau sebahagian ("syarikat sekutu").b. Penggunaan Alamat Emel Anda atau Alamat Emel yang Anda Berikan Kepada Kami. Emel anda dikira sebagai makumat peribadi yang boleh dikenal pasti. Ditambah cara lain yang kami dibenarkan untuk menggunakan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti, kami juga boleh menggunakan alamat emel anda untuk memproses, memberikan khidmat atau menguat kuasa transaksi dan menghantar komunikasi perkhidmatan yang berkaitan; menyediakan pengguna dengan perkhidmatan atau makluman terkini produk, notis promosi dan tawaran; dan/atau menjawab soalan, pertanyaan atau komen anda. Alamat emel anda boleh digunakan oleh kami atau mana-mana subsidiari, induk atau korporasi lain di mana kami gabungkan atau melainkan dibeli atau dijual, secara menyeluruh atau sebahagian. Jika anda memilih untuk menggunakan khidmat rujukan kami untuk memberitahu kawan anda tentang Laman kami, kami akan minta nama dan alamat emel kawan anda. Kami akan menghantar emel sekali sahaja kepada rakan anda secara automatik untuk menjemput beliau untuk mengunjungi Laman ini. Kami menyimpan maklumat ini semata-mata bagi tujuan menghantar emel sekali sahaja ini dan menjejak kejayaan program rujukan kami. Kawan anda boleh menghubungi Khidmat Nasihat untuk meminta kami singkirkan maklumat ini daripada pangkalan data kami.c.Penggunaan oleh Rakan Kongsi Pedagang. Kami berkongsi maklumat tentang anda dengan Rakan Kongsi Pedagang kami untuk Kegunaan Penyempurnaan seperti menggunakan alamat emel anda untuk penghantaran dan maklumat perhubungan lain bagi tujuan memproses, memberikan perkhidmatan atau menguat kuasakan transaksi dan menghantar status pesanan dan komunikasi lain yang berkaitan. Jika anda memesan produk daripada Alice.com mereka akan menerima maklumat pesanan, nama, alamat, nombor telefon, umur dan jantina anda, serta apa-apa maklumat lain yang diperlukan untuk memastikan pesanan anda tiada masalah. Pengendalian mereka terhadap Maklumat Peribadi anda akan ditentukan oleh terma Pernyataan Privasi mereka, yang kami akan sentiasa sediakan untuk semakan anda semasa pendaftaran keluar, apabila produk Alice.com ada dalam kart anda. Anda boleh menghubungi setiap Peniaga Stor Rakan apabila anda klik tab "Stor", kemudian mencari Peniaga Stor Rakan tertentu dan mencari maklumat perhubungan dalam pautan "Maklumat Stor".d.Rakan Kongsi Penjenamaan Bersama.Kami mempunyai Rakan Kongsi Penjenamaan Bersama yang memberikan faedah unik kepada beberapa jenis pelanggan yang setia. Dalam Rakan Perkongsian Penjenamaan Bersama, kami boleh memperoleh, berkongsi dengan Rakan Kongsi Penjenamaan Bersama atau menggunakan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti yang dinyatakan dalam perenggan 1.a. di atas, untuk menyampaikan tawaran istimewa, memberikan manfaat tambahan atau untuk kegunaan lain yang berkaitan.e.Penasihat Kedai Bebas. Untuk memberikan khidmat terbaik kepada para pelanggan kami, kami akan menugaskan seorang Penasihat Stor bebas untuk anda. Kami berkongsi maklumat pesanan anda, sebahagian daripada maklumat peribadi anda yang boleh dikenal pasti dan maklumat tentang tabiat perbelanjaan anda dengan individu atau entiti bisnes yang ditugaskan sebagai Penasihat Stor anda. Pilihan pilih keluar anda di bawah perenggan 3 di bawah tidak akan digunakan untuk kongsi maklumat peribadi anda dengan Penasihat Stor bebas.f.Pertubuhan Amal. Kami akan memberikan peluang kepada anda untuk membuat pembelian atau derma untuk menggalakkan misi amal beberapa organisasi. Apabila anda mengambil bahagian dalam tawaran-tawaran ini, maklumat peribadi yang diketahui mungkin akan diberikan kepada organisasi amal supaya ianya dapat mengiktiraf sumbangan anda dan memberikan hubungan selanjutnya.g.Syarikat sekutu, Induk dan Subsidiari. Untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan kami, kami mungkin berkongsi maklumat peribadi yang diketahui anda dan maklumat tentang tabiat perbelanjaan anda dengan syarikat-syarikat Sekutu, Induk dan Subsidiari kami, termasuk tanpa had, Market America Worldwide, Inc., Market America, Inc., Shop.com Market Place, Inc. dan Market Australia, Inc.h.Syarikat-syarikat yang Mengendalikan Komunikasi dan Transaksi dengan Anda. Kekadang kami mendapatkan perkhidmatan syarikat-syarikat untuk membantu menyampaikan mesej atau perkhidmatan, seperti sebuah syarikat yang membantu mendapatkan hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah, menghantar emel, pemprosesan kad kredit, menghantar katalog atau surat-menyurat promosi lain; atau menyediakan bantuan pelanggan atau bantuan pemasaran. Dalam kes tersebut, terdapat keperluan untuk berkongsi maklumat anda dengan syarikat-syarikat ini. Kadangkala kami juga bekerja dengan syarikat lain yang membantu mengumpulkan maklumat anda atau berkomunikasi dengan anda. Pilihan penarikan anda di bawah perenggan 3 di bawah tidak akan dikenakan ke atas perkongsian maklumat peribadi anda oleh kami dengan syarikat-syarikat ini. Pihak-pihak ketiga ini dikehendaki mengekalkan kerahsiaan maklumat anda dan memastikan mereka menghormati tetapan privasi yang anda sudah pilih untuk pengendalian maklumat sulit anda. Namun begitu, kecuali sebagaimana yang dibenarkan secara berasingan oleh peruntukan lain dalam Dasar Privasi ini, syarikat-syarikat ini dibenarkan untuk mengumpulkan, menerima dan menggunakan maklumat anda hanya untuk tujuan yang diterangkan dalam perenggan ini atau sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang. Maklumat peribadi yang diketahui yang mungkin dikongsi lebih terperinci dibentangkan dalam perenggan 1a. di atas.i.Pendedahan Diperlukan mengikut Undang-undang dan Pendedahan untuk Membantu Sekuriti dan Keselamatan Laman-laman Kami, dan Yang Lain.Tanpa mengira apa-apa pilihan penarikan yang anda lakukan di bawah perenggan 3, kami akan mendedahkan maklumat peribadi apabila kami percaya secara jujur bahawa pendedahan sedemikian (a) dikehendaki oleh undang-undang, termasuk contohnya, untuk mematuhi perintah mahkamah atau sepina, atau (b) akan membantu untuk: menguat kuasa Terma Penggunaan kami; menguat kuasa peraturan peraduan, cabutan bertuah, promosi, dan/atau peraturan permainan; melindungi keselamatan dan jaminan keselamatan anda, termasuk keselamatan dan jaminan keselamatan harta milik anda; dan/atau melindungi keselamatan dan jaminan keselamatan Laman kami, SHOP MA, Inc., dan/atau pihak ketiga, termasuk keselamatan dan jaminan keselamatan harta milik SHOP MA Inc. atau pihak ketiga.j.Pemasar Pihak Ketiga. Kami tidak menyewa atau menjual maklumat peribadi anda dengan para pemasar pihak ketiga tanpa dahulu mendapatkan kebenaran anda. Sekiranya dasar ini berubah pada masa hadapan, kami akan menyiarkan pemberitahuan tentang perubahan tersebut di Laman ini.

3. Pilihan anda tentang pengumpulan, penggunaan dan perkongsian maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti anda

Anda boleh memilih untuk menarik (atau menolak untuk memberi kami), persetujuan anda bagi penggunaan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti bagi tujuan menerima bahan promosi daripada kami, daripada Rakan Kongsi Peniaga kami, Rakan Kongsi Penjenamaan Bersama kami dan/atau Syarikat Sekutu, Induk dan Subsidiari kami. Terdapat pelbagai kaedah untuk anda melakukan pilihan keluar:


Sila ingat bahawa mana-mana pilihan penarikan yang anda buat tidak akan diguna pakai dalam situasi yang mana (a) anda sama ada sudah membuat, atau membuat permintaan yang khusus untuk mendapatkan maklumat daripada kami pada masa yang sama atau kemudian, (b) kami menggunakan maklumat peribadi anda sama ada untuk "Kegunaan Operasi" atau "Kegunaan Penyempurnaan" (sebagaimana yang diterangkan di atas dalam perenggan 2), (c) kami berkongsi maklumat peribadi anda di bawah peruntukan perenggan 2 di atas berhubung dengan "Syarikat yang Memudahkan Komunikasi dan Transaksi dengan Anda," "Perunding Kedai Bebas" atau "Pendedahan yang Dikehendaki oleh Undang-undang dan Pendedahan untuk Membantu Melindungi Keselamatan dan Jaminan Keselamatan Laman Kami dan Orang Lain. "Akhirnya, sekiranya anda tidak menggunakan pilihan penarikan anda semasa pendaftaran atau log masuk pertama di Laman kami, pilihan penarikan anda mungkin mengambil masa sehingga sepuluh (10) hari untuk berkuat kuasa. Oleh sebab sistem kami memerlukan masa untuk dikemas kini, surat-menyurat promosi menggunakan maklumat peribadi yang dikongsi sebelum anda menarik diri mungkin sudah diproses. Oleh itu, anda mungkin terus menerima bahan promosi daripada kami berdasarkan maklumat peribadi yang anda berikan di bawah Dasar Privasi ini selama sepuluh (10) hari. Atas sebab yang serupa, maklumat peribadi anda mungkin terus dikongsi dengan pihak ketiga bagi tujuan promosi selama sepuluh (10) hari.

4. Langkah-langkah Keselamatan untuk melindungi maklumat peribadi anda

Keselamatan dan kerahsiaan maklumat anda amat penting bagi kami. Kami sudah melaksanakan langkah keselamatan teknikal, pentadbiran dan fizikal bagi melindungi maklumat anda daripada diakses tanpa kebenaran dan penggunaan tidak wajar. Seringkali kami menyemak semula tatacara keselamatan kami secara tetap untuk mempertimbangkan teknologi dan kaedah baharu yang sesuai dan berkaitan. Namun begitu, harap maklum bahawa tiada kaedah penghantaran melalui Internet, atau kaedah penyimpanan elektronik adalah 100% selamat. Oleh itu, walaupun kami berusaha untuk menggunakan cara yang boleh diterima secara komersial untuk melindungi alamat emel anda, kami tidak dapat menjamin keselamatan mutlaknya. Samada anda sedang memesan katalog atau membuat pembelian, kami mahu anda berasa selamat dan selesa semasa mengunjungi Laman ini. Anda juga pasti rasa yakin membuat pembelian daripada laman-laman Rakan Kongsi Berjenama yang terkenal. Bagi memastikan maklumat kad kredit anda lebih selamat, kami menggunakan perisian lapisan soket selamat (SSL) (yang menyulitkan maklumat yang anda masukkan) apabila anda memberi kami maklumat kad kredit anda. Kami menyulitkan semua maklumat kad kredit dan menyimpannya dalam pelayan yang tidak boleh diakses di Internet. Selepas kami menyimpan maklumat itu, ia tidak dapat dipaparkan di mana-mana dalam Laman ini. Kami mengambil langkah berjaga-jaga tambahan secara dalaman bagi membataskan akses kepada maklumat pelanggan. Hanya beberapa individu dalam syarikat diberikan tahap akses kepada maklumat peribadi pelanggan menurut fungsi dan keperluan kerja. Akses diberikan kepada para pekerja ini melalui kata laluan khas. Semua pekerja sentiasa dikemas kini tentang amalan keselamatan dan privasi kami. Akhir sekali, pelayan-pelayan yang menyimpan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti disimpan di dalam persekitaran yang selamat. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan tentang keselamatan di Laman ini, anda boleh menghantar e-mel kepada kami di alamat [email protected].

5. Cara anda boleh mengakses, mengemas kini maklumat dan pilihan penarikan anda

Anda boleh mengakses dan mengemas kini maklumat perhubungan yang anda berikan kepada kami semasa pendaftaran (iaitu, alamat surat-menyurat anda, alamat e-mel anda, atau apa-apa maklumat lain yang membolehkan kami menghubungi anda secara langsung), atau mengubah suai pilihan penarikan diri anda, dengan pergi ke Akaun Saya. Anda juga boleh menambah kad kredit baharu atau maklumat penghantaran ke Akaun Saya apabila membuat pesanan. Sekiranya anda memilih untuk menyimpan maklumat kad kredit anda dengan kami, kami hanya memaparkan empat digit terakhir nombor kad kredit anda dalam kaedah pembayaran yang disimpan di bahagian Akaun Saya. Maklumat lengkap kad kredit disimpan pada pelayan luar talian yang selamat. Untuk maklumat lanjut tentang cara kami melindungi maklumat kad kredit anda, sila lihat bahagian Sekuriti kami. Sekiranya anda mahu menyemak, mengubah suai atau membetulkan mana-mana maklumat ini, klik sahaja pada pautan ini atau pergi ke pusat Akaun Saya di Laman ini, kemudian log masuk menggunakan nama ahli dan kata laluan anda. Sekiranya anda terlupa kata laluan, terdapat arahan pada pautan di atas untuk membantu anda mendapatkan semula kata laluan anda. Sekiranya anda perlu mendapatkan semula kata laluan, anda juga boleh menghubungi kami melalui e-mel di alamat [email protected]. Sila sertakan maklumat dalam e-mel yang akan membantu kami mengenal pasti akaun anda supaya kami dapat membantu memenuhi permintaan anda. Kami juga mungkin memberi anda peluang untuk mengemas kini maklumat perhubungan anda dan/atau mengubah suai pilihan penarikan anda dengan menghantar emel atau cara komunikasi lain kepada anda yang menjemput anda untuk membalas. Akhir sekali, anda boleh berhenti langganan daripada komunikasi emel tertentu apabila anda klik pada pautan batal langganan dalam emel tersebut. Laman ini mengandungi pautan-pautan ke laman-laman lain. Sila ingat bahawa kami tidak bertanggungjawab atas amalan privasi di laman lain sedemikian. Kami menggalakkan pengguna kami supaya berhati-hati apabila mereka meninggalkan Laman kami dan membaca kenyataan privasi setiap laman web yang mengumpulkan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti. Kenyataan privasi ini diguna pakai semata-mata untuk maklumat yang dikumpulkan oleh Laman ini.

6. Maklumat Lain

a.Penggunaan Kanak-kanak.Kami tidak mengumpulkan secara sengaja maklumat peribadi daripada, atau menjual produk untuk pembelian oleh, individu berumur bawah 18 tahun. Kami menjual produk kanak-kanak untuk pembelian oleh orang dewasa. Jangan memberikan maklumat kepada kami, atau membeli daripada Laman ini, jika anda berumur di bawah 18.b. Penafian Undang-undang.Kami mungkin memperlihatkan maklumat peribadi apabila dikehendaki oleh undang-undang atau ke atas budi bicara yang baik bahawa tindakan tersebut diperlukan untuk mengikut titah peraturan undang-undang atau akur dengan proses undang-undang yang diberikan dalam Laman kami.c. Notifikasi atau Perubahan. Bisnes kami sering berubah dan Dasar Privasi kami juga akan diubah dari semasa ke semasa. Anda harus sering melayari Laman kami untuk melihat perubahan terkini. Melainkan diberitahu sebaliknya, Dasar Privasi semasa kami boleh digunakan ke atas semua maklumat yang kami ada tentang anda dan akaun anda. Sekiranya kami memutuskan untuk mengubah amalan emel kami, kami akan menyiarkan perubahan itu di Laman ini supaya anda mengetahui maklumat yang kami kumpul, bagaimana cara kami menggunakannya dan dalam keadaan apa, jika ada, kami mendedahkannya.7.

9. Soalan, Komen, Maklumat Perhubungan Berkenaan dengan Dasar Privasi kami

Sekiranya anda ada sebarang soalan atau cadangan berkenaan dengan dasar privasi kami, sila hubungi kami di:
SHOP MA, Inc
1302 Pleasant Ridge Rd.Greensboro, NC 27409
E-mel AS: [email protected]
Telefon: 866-420-1709
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat 9:00 pm EST Kemaskini Terkini 12/07/2016