TERMA - TERMA PENGGUNAAN LAMAN
MA GLOBAL, INC. (“MARKET AMERICA”) menyediakan paparan laman Web kepada anda mengikut peraturan terma penggunaan yang berikut (“Perjanjian”).SILA BACA PERJANJIAN INI DENGAN TELITI, KERANA IANYA MENGANDUNGI MAKLUMAT PENTING BERKENAAN HAK UNDANG-UNDANG ANDA, REMEDI DAN KEWAJIPAN. ANDA PATUT MENGULAS PERJANJIAN INI, SEPERTI YANG DITUKAR ATAU DIUBAH DARI SEMASA KE SEMASA, KERANA IANYA MERUPAKAN SATU KONTRAK YANG TERIKAT DI ANTARA MARKET AMERICA (“KAMI” ATAU “KITA”) DAN ANDA (“ANDA” atau “PENGGUNA”).Perjanjian ini berkenaan dengan anda menggunakan laman web kami www.ShopGlobal.com ("Laman”) dan menentukan mana-mana dan semua pesanan yang dibuat oleh Anda pada Laman. Dengan menggunakan Laman ini, Anda bersetuju untuk terikat dengan terma-terma di dalam Perjanjian ini, termasuk Dasar Privasi dan mana-mana terma penggunaan tambahan yang mungkin digunakan, dan Anda bersetuju untuk mengikut panduan dan polisi yang MARKET AMERIKA mungkin letakkan dalam Laman atau diberikan kepada Anda dari semasa ke semasa. Sekiranya Anda tidak bersetuju dengan semua terma yang terkandung dalam Perjanjian ini, Anda tidak dibenarkan untuk mengakses atau menggunakan Laman ini, oleh itu, Anda hendaklah keluar dan tidak menggunakan Laman ini dengan serta-merta. Penggunaan Laman ini oleh anda bermaksud anda menerima Perjanjian ini. Anda faham dan bersetuju bahawa dari semasa ke semasa MARKET AMERICA boleh mengubahsuai terma-terma dalam Perjanjian ini, dan pengubahsuaian tersebut akan berkuatkuasa dengan segera sebaik sahaja ianya disiarkan. Penggunaan berterusan Laman ini oleh anda selepas pengubahsuaian atau perubahan pada terma ini disiarkan bererti anda menerima dan bersetuju dengan mana-mana perubahan pada Perjanjian yang telah disiarkan. Anda digalakkan untuk menyemak dari semasa ke semasa bagi melihat jika terdapat apa-apa perubahan pada terma dan peruntukan yang terkandung dalam Perjanjian ini. Perjanjian ini diguna pakai kepada semua Pengguna Laman ini, termasuk pengunjung, Pengguna berdaftar dan individu yang menyiarkan maklumat atau kandungan di Laman ini.
PRIVASI. Kami mengambil berat tentang privasi anda dan meminta anda agar membaca Dasar Privasi kami yang merupakan sebahagian daripadadan digabungkan ke dalam Perjanjian ini oleh rujukan ini.
HAK MILIK; HAK TUAN PUNYA. Kesemua bahan, kandungan, teks, grafik, ikon, imej, perisian dan tanda dagangan di Laman ini adalah milik MARKET AMERICA atau subsidiari syarikat sekutunya atau syarikat induknya, atau korporasi-korporasi lain yang bergabung dengannya atau sebaliknya diperoleh atau dijual, secara keseluruhan atau sebahagian daripadanya, dan dilindungi oleh semua undang-undang harta intelektual yang relevan dan hak proprietari yang lain (termasuk undang-undang hak cipta, tanda dagangan, rupa dagangan dan undang-undang paten) dan mana-mana undang-undang lain yang berkuat kuasa. MARKET AMERICA memberikan Anda lesen yang terhad dan boleh dibatalkan untuk digunakan dalam Laman untuk tujuan membeli produk-produk.
MEMBELI-BELAH DALAM LAMAN. Sebagai seorang Pengguna, anda dibenarkan untuk membeli produk-produk yang dipaparkan dalam Laman kami. Walaupun anda boleh pilih negara anda daripada laman web kami, Anda faham bahawa sesetengah produk-produk untuk dijual di dalam laman web ini (dan/atau kebolehan untuk menghantarnya) mungkin tidak tersedia di negara/rantau anda. Kesemua produk-produk untuk dijual telah mengikut dasar peraturan dan undang-undang Amerika Syarikat sahaja. Market America tidak membuat representasi bahawa produk-produk mengikut peraturan dari negara/rantau anda.
Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa produk-produk yang tersenarai di dalam pesanan yang telah dibuat oleh anda boleh diimport secara sah ke negara anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengetahui segala peraturan dan sekatan negara anda sebelum memesan kiriman daripada Laman kami. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan barangan dagangan yang hilang kerana dirampas oleh pihak kastam dan kami juga tidak membayar balik kepada anda mana-mana pesanan yang dirampas oleh pihak kastam negara anda.
CUKAI DAN DUTI. Anda bertanggungjawab untuk menyediakan segala bayaran cukai dan hak kastam untuk pelepasan kastam pakej/pengangkut di negara destinasi pesanan yang dibuat oleh anda. Sila merujuk kepada peraturan yang berkenaan dengan negara anda di tab Soalan-soalan Lazim Penghantaran yang terletak di bahagian bawah laman web ini. Jika pesanan anda akan dihantar ke salah sebuah negara di mana kami menyediakan perkhidmatan pengangkutan, anda bersetuju dan membenarkan kami untuk menugaskan satu pengangkut untuk bertindak sebagai ejen anda dengan pihak kastam dan cukai yang berkenaan di negara destinasi untuk meluluskan barang dagangan anda dan membuat pembayaran cukai yang berkenaan. Dalam kes sebegitu, cukai-cukai yang berkenaan akan dikenakan kepada jumlah pesanan anda dan akan dipaparkan kepada anda dalam skrin pengesahan/daftar keluar. Bagi negara-negara di mana kami tidak dapat menawarkan perkhidmatan ini, anda akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk pelepasan produk-produk dengan kastam dan bayaran cukai yang berkenaan. Kami tidak dapat meramal tentang pembayaran cukai yang tertakluk kerana ianya berbeza mengikut negara. Anda mungkin harus semak dengan pejabat kastam tempatan anda tentang cukai-cukai yang mungkin harus dibayar.
PENGHANTARAN. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas segala ketangguhan yang berlaku disebabkan oleh hal-hal di luar kawalan kami seperti kapal terbang, kastam atau tindakan dokumentasi kerajaan, atau kerja Tuhan. Kadang-kadang bungkusan dihantar balik kepada kami kerana tidak dapat dihantar. Apabila kes sebegini berlaku, kami akan isu bayaran balik ke atas pesanan tersebut. Apa-apa caj penghantaran yang disebabkan oleh kami berkenaan dengan penghantaran sebegitu akan diberi diskaun daripada jumlah yang dibayar balik. Anda bersetuju bahawa MARKET AMERICA tidak bertanggungjawab atau menanggung apa-apa isu, aduan, kerosakan atau kerugian yang timbul daripada pengimportan produk-produk kami ke negara destinasi anda. Kami tidak memberi jaminan bahawa produk-produk kami adalah mengikut takrifan undang-undang negara destinasi anda.
PUNGUTAN PESANAN. Beberapa produk mungkin tersedia untuk dipungut di Greensboro Distribution Center. Sila lihat Maklumat Penghantaran untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pungutan pesanan.
UNTUK KEGUNAAN SENDIRI. Anda bersetuju bahawa pesanan produk anda adalah untuk kegunaan sendiri sahaja dan produk tersebut tidak boleh dijual semula di negara destinasi anda. Anda bersetuju menanggung ganti rugi dan tidak menyalahkan kami daripada segala tuduhan, kehilangan, denda, cukai atau aduan untuk kerosakan yang dibuat oleh pihak ketiga terhadap kami akibat daripada anda menjual semula produk-produk kami di negara anda.
KOMUNIKASI ELEKTRONIK. Kami mungkin berhubung dengan anda berkenaan perkhidmatan yang kami sediakan melalui komunikasi elektronik, termasuk menghantar mel elektronik kepada alamat e-mel yang anda berikan semasa pendaftaran; menyiarkan notis atau komunikasi di Laman dan berhubung dengan anda melalui pihak ketiga yang dibenarkan. Anda bersetuju yang kami boleh berhubung dengan anda melalui komunikasi elektronik berkenaan dengan Perjanjian ini, notis atau pendedahan berkenaan dengan Laman ini, keizinan pembayaran, dan apa-apa hal yang lain berkaitan dengan penggunaan Laman ini oleh anda.
PENAMATAN DAN KESAN DARIPADA PENAMATAN. Anda bersetuju bahawa MARKET AMERICA boleh pada bila-bila masa tanpa notis atau sebab menolak perkhidmatan, menamatkan apa-apa hak yang diberikan di dalam ini, menamatkan akaun dan/atau membatalkan pesanan atau bahagian daripada pesanan menurut budi bicaranya, termasuk, tanpa had, sekiranya MARKET AMERICA menentukan bahawa mana-mana kelakuan Pengguna melanggar undang-undang yang diguna pakai atau memudaratkan kepentingan Market America atau Laman ini. Sekiranya undang-undang yang diguna pakai menghendaki kami memberi notis penamatan atau pembatalan, kami mungkin memberi notis terdahulu atau selepas dengan menyiarkannya di Laman atau dengan menghantar komunikasi kepada mana-mana alamat (e-mel atau sebaliknya) yang kami ada untuk Anda dalam rekod kami. Anda masih boleh dipertanggungjawabkan ke atas mana-mana pelanggaran Perjanjian ini dan/atau kewajipan yang ditanggung sebelum Perjanjian tamat
PERLINDUNGAN. Sebagai syarat kepada akses anda dan penggunaan Laman ini, anda bersetuju untuk memastikan kami, Laman ini, dan subsidiari kami, syarikat sekutu, rakan kongsi, dan ibu syarikat, dan korporasi-korporasi lain yang bercamtum atau yang dibeli atau dijual, secara menyeluruh atau sebahagian, para pegawainya, para pengarah, para pekerja, ejen-ejen, wakil-wakil, rakan kongsi, dan setiap wakil pengganti mereka dan ditugaskan, tidak terbabit dan tidak bertanggungjawab ke atas ganti rugi untuk semua, segala kerosakan, kos-kos, perbelanjaan dan liabiliti-liabiliti lain, termasuk, tetapi tidak terhad kepada caj bayaran wakil peguam dan perbelanjaan, yang berhubung dengan apa-apa tuduhan yang dikenakan atau berkenaan dengan: (i) akses anda kepada dan penggunaan Laman dan segala isi kandungannya; dan/atau (ii) pelanggaran Perjanjian ini oleh anda, dan mana-mana undang-undang yang berkenaan atau hak orang lain atau pihak.
WARANTI PENAFIAN. PENGGUNAAN LAMAN INI ADALAH ATAS RISIKO ANDA SENDIRI. LAMAN, FUNGSI, PRODUK KANDUNGAN DAN BAHAN YANG DISEDIAKAN DI, BERSAMA DENGAN ATAU MELALUI LAMAN INI DISEDIAKAN KEPADA ANDA BERDASARKAN "SEADANYA" DAN "SEPERTI YANG TERSEDIA” TANPA APA-APA JENIS JAMINAN SAMA ADA NYATA ATAU TERSIRAT. SETAKAT YANG MAKSIMUM DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, MARKET AMERICA MENAFIKAN SEGALA JAMINAN, BERKANUN, YANG NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, JAMINAN TERSIRAT KEBOLEHDAGANGAN DAN KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, TIADA PELANGGARAN, HAK, KEPUASAN YANG AMAN, KETEPATAN DATA DAN INTEGRASI SISTEM.
LIABILITI TERHAD. LAMAN INI MUNGKIN MENGANDUNGI KETIDAKTEPATAN, KESILAPAN ATAU KESILAPAN TIPOGRAFI. SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, MARKET AMERICA TIDAK AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN KE ATAS APA-APA KEROSAKAN DALAM SEBARANG BENTUK YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAAN LAMAN INI OLEH ANDA, KETIDAKUPAYAAN MENGGUNAKAN LAMAN INI, APA-APA APLIKASI, FUNGSI, KANDUNGAN ATAU BAHAN PIHAK KETIGA YANG DISEDIAKAN DI, BERSAMA DENGAN ATAU DI SELURUH LAMAN INI, WALAUPUN KAMI TELAH DINASIHATKAN TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN SEDEMIKIAN, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, KEROSAKAN LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, PUNITIF, TELADAN, KEROSAKAN KHAS ATAU TURUTAN, KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KEHILANGAN HASIL, KEHILANGAN DATA, KEHILANGAN PRIVASI, KEHILANGAN MUHIBAH ATAU APA-APA KERUGIAN LAIN. SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, JUMLAH LIABILITI KAMI KEPADA ANDA UNTUK SEBARANG KEROSAKAN (TANPA MEMPEDULIKAN SEBAB-SEBAB YANG BERKENAAN) TIDAK AKAN MELEBIHI JUMLAH AMAUN WANG YANG ANDA TELAH BAYAR DI DALAM TRANSAKSI YANG MUNGKIN NAIK KERANA KEROSAKAN YANG DISYAKI.
MENGIKUT UNDANG-UNDANG. Mana-mana pertikaian yang mungkin timbul di antara Anda dan MARKET AMERICA termasuk, tanpa had, tuntutan untuk penguatkuasaan, pelanggaran atau pencabulan kewajipan atau hak di bawah Terma ini akan ditadbir oleh dan dihukum di bawah undang-undang Negeri Carolina Utara, tanpa mengira percanggahan prinsip undang-undang. Di sini anda memberikan persetujuan yang tidak dapat diubah lagi kepada bidang kuasa eksklusif dan tempat mahkamah di Guilford County, North Carolina, Amerika Syarikat dalam semua pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan Laman ini.