Kongsi Produk ini
The Usuals™ Pencungkil Flos
Meluncur lancar di celah gigi Rekaan fleksibel untuk menghilangkan plak Perisa mint untuk senyuman segar & berseri flos kualiti premium yang tahan lama Dilengkapi pencungkil lipat yang selamat
oleh: The Usuals
Tulis UlasanRM26.00 MYR
Satu Pek (150 Unit) (IBV)*
SKU: MY13704SIBV
-
Ciri Produk
Luncur ke Arah Senyuman Lebih Berseri
The Usuals™ memudahkan kehidupan anda. Produk harian yang dipercayai, direka khusus untuk berfungsi mengikut keperluan anda.
Sesuai untuk kegunaan selepas makan dan penjagaan oral harian, floss pick berperisa mint ini direka untuk meluncur lancar di celah gigi, membantu menghilangkan plak serta menyegarkan nafas.
Reka bentuk fleksibel bersudut dan benang flos tahan koyak memudahkan pembersihan di celah gigi yang paling sempit, dengan pencungkil terbina dalam yang boleh dilipat keluar dengan selamat untuk pembersihan tambahan.- Butiran
FLOS YANG TAHAN LAMA
Diperbuat daripada Ultra-High-Molecular-Weight Polyethylene (UHMWPE)
PERISA PUDINA
yang menyegarkan nafas
PEMEGANG RINGAN
untuk penggunaan yang mudah
BEG BOLEH TUTUP SEMULA
untuk kesenangan anda - Butiran
Kepentingan Flos
Jangan biarkan sisa tersembunyi.
40% Lebih Bersih
Walaupun memberus gigi adalah asas kebersihan gigi, flos mampu menghilangkan sehingga 40% plak yang tertinggal selepas memberus.
Sekali Sehari
Doktor gigi menyarankan penggunaan flos sekali sehari - terutamanya sebelum tidur untuk mengelakkan pengumpulan sisa makanan sepanjang malam.
Pek 150 Unit
The Usuals™ Floss Picks tersedia dalam pek boleh tutup semula 150 unit yang mudah dibawa ke mana sahaja untuk kegunaan harian.
Menghilangkan Plak dan Nafas Pudina untuk Senyuman Berseri
Sisa makanan yang tersangkut di celah gigi boleh menyebabkan nafas berbau, kaviti dan kesihatan gusi yang merosot. Flos secara harian selepas makan adalah langkah penting untuk mengekalkan kesihatan oral. The Usuals™ Floss Picks direka untuk meluncur lancar di celah gigi dan menghilangkan plak dan sisa gigi. Perisa mint yang berpanjangan menyegarkan nafas anda, manakala flos kukuh dan pemegang yang ringan menjadikannya rutin yang senang dan berkesan diguna.
Direka untuk pengalaman Flos yang Sempurna
The Usuals™ Floss Picks direka untuk pembersihan yang lebih jitu dan efektif. Diperbuat dengan bahan bebas BPA dan fluorida, flos ultra-strong Ultra-High-Molecular-Weight Polyethylene (UHMWPE), ia memberikan ketahanan unggul tanpa risiko terkoyak atau putus. Setiap unit turut dilengkapi dengan pencungkil terintegrasi pada bahagian pemegang, sempurna untuk menghilangkan sisa makanan yang degil dan mencapai sudut yang sukar dibersihkan.
Soalan-soalan Lazim
-
Bagaimanakah saya menggunakan The Usuals™ Floss Picks?
Selitkan flos dengan lembut di celah gigi. Gerakkan flos ke atas dan ke bawah pada setiap permukaan gigi. Apabila menggunakan floss pick, gerakkan ia keluar dan masuk secara perlahan untuk melonggarkan sisa makanan. Buang selepas setiap penggunaan.
-
Adakah Usuals™ Floss Picks selamat untuk kanak-kanak?
Pengawasan orang dewasa disyorkan bagi kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.
-
Berapa kerap saya perlu flos?
Persatuan Dental Amerika (ADA) menyarankan penggunaan flos sekurang-kurangnya sekali sehari. Flos sebelum tidur adalah lebih ideal untuk mengelakkan sisa makanan terperangkap dalam tempoh yang lama.
-
Perlukah kanak-kanak menggunakan flos?
Kajian menunjukkan bahawa sebaik sahaja dua batang gigi anak anda bersentuhan, atau berpotensi menyebabkan sisa makanan tersangkut, mereka harus mula pengunaan flos. Ini sering berlaku seawal usia dua hingga tiga tahun.
-
Patutkah saya menggunakan flos sebelum atau selepas memberus gigi?
Kajian menunjukkan bahawa penggunaan flos sebelum memberus membantu menghilangkan lebih banyak plak. Ini turut membolehkan proses memberus gigi menyingkirkan sisa kotoran yang dilonggarkan semasa flos digunakan. Selain itu, ia lebih berkesan bagi mengekalkan tahap fluorida pada enamel gigi anda.
-
Apakah maksudnya jika gusi saya berdarah semasa menggunakan flos?
Melihat sedikit darah adalah perkara biasa jika anda tidak kerap menggunakan flos. Namun, dengan penggunaan yang konsisten, pendarahan tersebut akan berkurangan apabila gusi anda menjadi lebih sihat dan kuat. Jika pendarahan berterusan atau gusi kekal merah dan bengkak, sila hubungi doktor gigi anda.
-
Bagaimanakah lagi saya boleh mengoptimumkan kesihatan gigi?
Penjagaan oral yang baik adalah sebahagian daripada kesejahteraan menyeluruh anda. Selain flos sekali sehari, ADA menyarankan memberus gigi selama dua minit, dua kali sehari. Penggunaan pencuci mulut selepas flos dan memberus juga membantu melindungi mulut daripada bakteria berbahaya. Mengurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula tinggi adalah langkah bijak bagi mengekalkan kesempurnaan kesihatan oral.